Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT
Posted on Sunday, July 29 @ 00:28:47 MYT by SongkokPutih
Tazkirah Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT. Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah s.a.w bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
"Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237
Habib ali al-jufri
Sunday, July 29, 2007
Friday, July 20, 2007
artikel ini diambil daripada Tranungkite online
Oleh islam
"Sifat al-Bukhari dalam Kajian Hadis[1]
Oleh: Muhammad Fathi bin Ali
e-mail: fathi_ali1427h@ yahoo.com
Pengenalan Ringkas kepada Imam Bukhari
Imam al-Bukhari atau nama sebenarnya Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardazabah atau dikatakan bin Yazdabah. Sesetengah orang menggelarnya Ibnul Ahnaf, Abu Abdullah bin Abil Hasan al-Bukhari al-Hafiz. Imam al-Bukhari termasuk salah seorang daripada enam pengumpul dan penyusun kitab-kitab hadis yang terkenal dalam dunia Islam iaitu Muslim,Ibn Majah,Tirmizi, Abu Daud dan Nasaie, yang mana kitab-kitab mereka dikenali sebagai Kutub as-Sitttah[2]. Beliau dilahirkan pada hari jumaat 13 hari bulan Syawal 194H. Bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kecil dan Imam Bukhari membesar dan tumbuh di bawah asuhan ibunya. Beliau meninggal pada hari Sabtu, 1 hari bulan Syawal 256H iaitu ketika beliau berumur 62 tahun setelah meninggalkan jasa yang cukup besar kepada Islam dan umat Islam yang berguna sehingga hari kiamat.
Imam al-Bukhari adalah seorang yang telah terkenal akan kehebatannnya dalam hadis, sehinggakan apabila sesebuah hadis itu disebut sebagai "riwayat al-Bukhari"[3] maka ia memberi tanda kekuatan seolah-olah hadis itu tidak perlu disemak lagi akan kesahihannya. Bukanlah kita mengatakan bahawa al-Bukhari maksum, akan tetapi setelah dikaji zaman-berzaman, sejak kitab sahih Bukhari ini ditunjukkan kepada guru-guru Imam Bukhari seperti Yahya ibn Mai'n, Imam Ahmad ibn Hanbal dan imam-imam lainnya, mereka telah menyokong penuh akan kesahihan hadis-hadis dalam kitab sahihnya kecuali beberapa hadis yang tidak sepakati akan darjatnya. Ini bermakna majoriti hadis-hadis dalam kitab Sahih Bukhari[4] telah diakui kesahihannya sejak zaman ia ditulis sehingga Imam Bukhari meninggal, malah telah cuba dibincang semula setelah Imam Bukhari meninggal.
Contohnya, Imam ad-Daruquthni pernah cuba membincang dan menyemak semula kesahihan hadis-hadis dalam kitab Sahih Bukhari, walaupun terdapat beberapa[5] hadis dalam Sahih Bukhari yang dibincangkan dan diragui akan darjat kesahihanya, namun setelah dilihat dari segi hujah, didapati hujah-hujah Imam Bukhari dalam mensahihkan hadis-hadis dalam kitab sahihnya adalah lebih kuat. Secara ringkasnya, semua hadis-hadis dalam kitab Sahih Bukhari telah diakui akan kesahihannya oleh para muhaddith sezaman dengannya, ataupun setelah al-Bukhari meninggal dunia. Selain itu, beliau hanya memasukkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh golongan yang pertama sahaja dan meninggalkan riwayat golongan yang lain, serta meletakkan syarat-syarat yang ketat untuk mensahihkan hadis-hadis dalam kitab sahihnya. Oleh sebab ketelitian beliau inilah, maka kitab Sahih Bukhari ini menjadi rujukan utama dalam senarai kitab-kitab hadis dalam dunia Islam.
Imam Bukhari adalah seorang yang bukan berbangsa Arab, malah jika diteliti dari segi tempat lahir akan keenam-enam Imam penyusun Kutub al-Sittah akan didapati mereka semua adalah bukan berketurunan Arab, kecuali Imam Muslim yang mempunyai asal-usul talian dengan bangsa Quraish Arab. Tetapi secara ringkasnya, mereka semua adalah bukan berketurunan Arab, dan ini semua memberikan petanda kepada kita bahawa Agama Islam ini dipelihara oleh bangsa Arab dan bukan Arab. Oleh itu, adalah tidak mustahil untuk sesiapa sahaja samada Arab atau tidak untuk mendalami dan menguasai bidang hadis,asal mempunyai minat dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Bukan menjadi tujuan dalam penulisan ini untuk menyanjung Imam Bukhari semata-mata, ini adalah kerana beliau tidak memerlukan apa-apa sanjungan lagi daripada kita. Malah, sebarang pujian atau kritikan terhadap beliau tidak akan menjejaskan sedikitpun kedudukan Imam Bukhari pada mata dunia Islam, yang pasti beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan kepada kita bukti keilmuan yang hebat, pujian-pujian para ulama, hasil karya yang bermutu tinggi dan disanjung para ulama dulu sehingga kini. Apa yang perlu dan lebih penting untuk dilakukan oleh kita adalah bukan mengkagumi dan menyanjung beliau semata-mata, akan tetapi adalah menjadi kewajipan kita melihat dan mengambil contoh akhlak dan sifat beliau untuk kita praktikkan pada diri kita dan umat Islam. Ramai antara kita di Malaysia suka memuji dan menyanjung kehebatan ulama-ulama silam, akan tetapi malangnya amat sedikit yang berusaha mengambil langkah lebih kehadapan dengan mengikuti jejak langkah mereka, sehingga pujian hanya tinggal pujian tanpa hasil kepada umat.Akhirnya, kita hanya menyanjung ulama-lama silam tanpa melahirkan pengganti mereka. Tujuan penulisan ini dibuat adalah untuk kita melihat kepada sifat Imam al-Bukhari, dan yang lebih penting adalah melihat apakah sifat-sifat dan ciri-ciri al-Bukhari yg dapat kita contohi dan praktikkan dalam hidup kita, terutamanya kepada mereka-mereka yang ingin mendalami ilmu-ilmu Islam. Walaubagaimanapun, kita akan lebih menfokuskan kepada akhlak dan sifat Imam Bukhari dalam kajian Hadis.
Para ulama bersepakat bahawa Imam Bukhari adalah salah seorang ahli fiqh dan pakar ijtihad. Ahmad bin Sayar berkata dalam kitab Tarikh al-Marwi: "Muhammad bin Ismail adalah seorang yang suka mencari ilmu, mempergauli orang ramai, berkelana mencari hadis, memiliki ingatan yang kuat, dan seorang pakar fiqh". Sehinggakan Muhammad al-Masandi berkata: "Muhammad bin Ismail adalah seorang imam atau ikutan, maka barang siapa yang tidak menjadikannya imam tercelalah orang tersebut". Selain itu beliau juga merupakan seorang yang zuhud, tawadduk, waraq dan seorang yang soleh.
Akhlaq dan Sifat Imam Bukhari dalam Kajian Hadis
1. Kesungguhan yang tinggi dalam menghafaz hadis
Imam Bukhari banyak menuntut ilmu daripada para Muhaddith di beberapa Negara yang terkenal dengan ulama hadisnya. Beliau juga suka bergaul dengan orang lain demi mencapai cita-citanya dalam ilmu hadis. Beliau adalah seorang yang cerdas dan kuat hafazannya. Imam Bukhari telah mengembara dan mencari hadis dan menghafaznya sejak beliau berumur 10 tahun. Pada umur 16 tahun, beliau menghafaz kitab Ibnul Mubarak dan Wakik sehingga beliau dapat menguasai kedua kitab terebut. Menurut al-Firabri, iaitu salah seorang murid kepada Imam Bukhari, beliau telah bertanya dan berbual bersama Imam Bukhari tentang bagaimana permulaan Imam Bukhari menghafaz dan menceburi dalam bidang hadis, beliau Imam Bukhari berkata: "aku mula menghafaz hadis pada lebih kurang umur aku 10 tahun atau kurang sedikit", kemudian Imam Bukhari menambah "kemudian aku keluar daripada halaqah yang meghafal hadis itu, keluar pergi ke rumah para ulama-untuk menuntut hadis-". Antara ulama yang dikunjungi Imam Bukhari untuk menuntut hadis adalah kepada gurunya al-Dakhili,iaitu seorang ulama hadis yang terkenal pada zamannya ketika itu.
Pada suatu hari, ketika Imam Bukhari berumur 10 tahun atau lebih sedikit, beliau menghadiri majlis Hadis al-Dakhili dan menegur kesalahan sanad yang disebutkan al-Dakhili[6] dengan teguran yang penuh hikmah, iaitu ketika gurunya al-Dakhili menyebutkan sanad, "Sufyan dari Abi Zubair, dari Ibrahim", mendengar akan sanad itu, dengan spontan Imam Bukhari menyebut "sesungguhnya Abu Zubair tidak pernah meriwayatkan sesuatupun daripada Ibrahim", mendengarkan kata-kata Imam Bukhari itu, lantas al-Dakhili memarahi dan menyergah al-Bukhari dengan berkata "diam!!". Kemudian Imam Bukhari menegur gurunya dengan penuh hikmah dengan berkata "wahai guru, baliklah dah lihatlah pada cacatanmu sekiranya ada..", ini memandangkan al-Dakhili menyebutkan sanad itu berdasarkan hafalannya dan Imam Bukhari pasti yang gurunya tersilap, kerana al-Bukhari juga turut menghafal sanad tersebut. Maka al-Dakhili kemudiannya pergi masuk mengambil buku cacatannya, setelah al-Dakhili melihat akan buku cacatannya, al-Dakhili bertanya kepada al-Bukhari "wahai anak kecil, bagaimanakah sanad yang sebenarnya.. ", Imam Bukhari menjawab " bukan Abu Zubair, akan tetapi hanya Zubair iaitu Ibn Adiy..", mendengarkan jawapan Imam Bukhari itu, al-Dakhili berkata kepada Imam Bukhari "wahai anak kecil, betul kamu benar", dan selepas itu al-Dakhili mengakui dan membetulkan kesilapannya.
Diberitakan juga dari rakan al-Bukhari, Muhammad ibn al-Azhar al-Sajistani. Pada suatu ketika aku (iaitu al-Sajistani) bersama al-Bukhari dalam majlis ilmu Sulaiman ibn Harb, seorang Qadhi dari negeri Basrah sedang mengajar hadis. Berkata al-Sajistani "sesungguhnya Bukhari bersama kami dalam majlis ilmu itu, dia mendengar tetapi dia tidak menulis..". Kemudian bertanya salah seorang yang turut menghadiri majlis itu "kenapa dia tidak mahu menulis?" maka jawab seorang yang mengenali al-Bukhari "sesungguhnya dia mendengar disini dan pulang ke rumahnya di Bukhara kemudian dia menulis berdasarkan ingatannya.. ", ini menunjukkan kekuatan hafazan Imam Bukhari.
Selain itu, diceritakan az-Zahabi dalam Siyar A'lam Nubala, berkata Abu Ahmad bin Adiy: "aku mendengar sesetengah ulama yang menceritakan bahawa Muhammad bin Ismail al-Bukhari suatu hari datang ke Baghdad , kemudian para ulama hadis berkumpul bersama beliau untuk mendengarkan sebuah hadis". Kemudian ulama-ulama hadis tersebut sengaja memutarbelit dan menterbalikkan kesahihan matan dan sanad hadis untuk menguji kecekapan Imam Bukhari. Setelah ditanyakan kepada Imam Bukhari, beliau dapat menjawab bahawa sanad dan matan hadis tersebut salah. Juga diberitakan oleh Ahyat bin Abi Ja'far, "Muhammad bin Ismail berkata: "apabila aku telah mendengarkan hadis di Basrah, aku akan menulisnya di Syam, dan apabila hadis tersebut aku dengar di Syam maka akau akan menulisnya di Mesir". Imam Ahmad bin Hanbal berkata: "para penghafaz hadis dari penduduk Khurasan iaitu Abu Zar'ah ar-Razi,Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Abdullah bin Abdur Rahman as-Samarkandi dan Hasan bin Syujak al-Balkhi". Juga berkata Imam Ahmad:"aku tidak akan dapati seorang di negeri Khurasan seperti Muhammad bin Ismail al-Bukhari". Ini semua menunjukkan betapa kuatnya hafazan al-Bukhari sehingga para ulama hadis yang lainnya mengkaguminya.
Juga diceritakan oleh Jamaluddin al-Qasimi, pernah seorang yang kagum dengan kekuatan hafazan Imam Bukhari bertanya kepada beliau "apakah ubat untuk mudah dan kuat menghafal", jawab al-Bukhari "tiada perkara lebih bermanfaat tentang hafazan yang aku tahu melainkan dua perkara: kecintaan dan kemahuan yang tinggi terhadap sesuatu (nahmatul rajl) dan sentiasa mengulangi dan melihat berulang-ulang kali (mudawamatin Nadzar)". Nah!! lihatlah petua yang diberikan Imam Bukhari ini sangat logik, rasional dan praktikal, tiada apa-apa petua yang pelik, tidak perlu makan atau minum ramuan-ramuan tertentu atau jampi-jampian tertentu, tetapi yang perlu hanyalah kemahuan dan kecintaan yang kuat dan pengulangan yang kerap!!.
2. Bersabar dalam menjelajah ke merata tempat demi mencari Hadis
Ini adalah satu sifat yang menunjukkan kesungguhan Imam Bukhari dalam menuntut ilmu Hadis. Berkata al-Bukhari: "aku memasuki Syam, Mesir dan Jazirah dua kali, aku memasuki Basrah empat kali, Hijaz enam tahun, dan aku tidak dapat menghitung berapa kali aku masuk dan keluar dari Baghdad dan Kufah bersama para Muhaddith lainnya.."
Imam Bukhari juga pernah bermusafir ke Makkah bersama ibu dan saudara lelakinya. Ketika sesampainya di Makkah, mereka melakukan ibadah haji kemudian ibu dan saudara lelakinya meninggalkan Imam Bukhari dalam mencari Hadis. Antara negeri-negeri yang telah dilaluinya adalah seperti Khurasan , Iraq , Hijaz, Syam, Basrah dan Mesir. Ini semua menunjukkan kesungguhan dan kesabaran Imam Bukhari dalam menjelajah mencari ilmu Hadis.
3. Tidak sombong dalam mengambil ilmu daripada orang lain
Berkata Imam Bukhari: "seorang Muhaddith itu tidak akan menjadi sempurna sehinggalah dia belajar dan menulis hadis daripada mereka yang lebih tinggi ilmu daripadanya, daripada mereka yang sama tahap ilmu dengannya, dan juga daripada mereka yang lebih rendah ilmunya…", ini menunjukkan sifat tidak sombong al-Bukhari dalam mempelajari Hadis, beliau mengambil hadis daripada semua lapisan, tidak mengira samada gurunya, kawan-kawan yang setaraf dan juga daripada anak-anak muridnya sendiri. Sebagai contoh, Imam Bukhari pernah mengambil dan belajar hadis daripada anak muridnya sendiri iaitu Imam Tirmizi. Juga diberitakan oleh Ibn Hajar bahawa Imam Bukhari tidak malu mengambil dan belajar hadis daripada anak-anak muridnya dan rakan-rakan yang setarafnya adalah untuk mencari faedah, manfaat dan perkara-perkara baru daripada mereka. Mungkin sesetengah perkara yang diketahui anak murid al-Bukhari tidak diketahui Imam Bukhari, oleh itu Imam Bukhari tidak sombong dan tidak segan silu belajar daripada mereka, walaupun mereka lebih rendah tahap ilmunya daripada beliau, al-Bukhari menyedari akan hal bahawa pasti ada orang yang tahu akan perkara yang dia tidak tahu, ini kerana tiada antara kita yang sempurna.
4. Berkongsi Ilmu bersama orang lain
Imam Bukhari juga terkenal dengan sifatnya yang suka berkongsi ilmu dengan orang lain, tidak mengira siapa jua walaupun seseorang itu lebih tinggi ilmu daripadanya, sama atau lebih rendah ilmu daripadanya. Antara murid-murid al-Bukhari yang terkenal yang belajar darinya dan mengambil ilmu darinya ialah seperti at-Tirmizi, Abu Zur'ah, an-Nasaie, Ibn Khuzaimah dan lain-lain. Malah, guru-guru Imam Bukhari sendiri seperti Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahuyah turut mengambil manfaat dari Imam Bukhari. Al-Bukhari juga tidak pernah lokek dan kedekut dalam berkongsi ilmu bersama orang lain,sehingga diberitakan jika dibilang jumlah semua mereka yang pernah belajar dan mengambil hadis daripada Imam Bukhari ianya akan mencecah beribu-ribu nama. Imam Bukhari juga tidak pernah menghadkan masanya untuk menyampaikan ilmu, bahkan akan cuba menyampaikan sebaik mungkin dan tidak akan menyembunyikan ilmu yang dapat beliau kongsi bersama anak-anak muridnya. Imam az-Zahabi dalam kitabnya Siyar A'lam Nubala' menyebutkan bahawa Imam Bukhari pernah berkata: "aku tidak akan menyembunyikan ilmu sesuai dengan sabda Nabi yang bermaksud: "sesiapa yang ditanya tentang ilmu kemudian dia menyembunyikannya maka dia akan diseksa dengan api neraka".
5. Gigih dalam menghasilkan Penulisan Ilmiah
Imam Bukhari tidak berhenti dan berpuas hati setakat mencari, menghafaz dan menyampaikan Hadis sahaja, akan tetapi beliau juga turut menghasilkan penulisan-penulisan ilmiah yang kebanyakannya berkaitan hadis dan terdapat juga penulisan beliau dalam bidang-bidang lain. Imam Bukhari mula mengarang beberapa buah kitab ketika umur beliau mencecah 18 tahun, antaranya ialah Fadhail as-Sahabah wa at-Tabiin iaitu pada masa Ubaidullah bin Musa. Beliau juga mengarang kitab at-Tarikh ketika berada di kubur Rasulullah SAW. Dan kitabnya yang monumental dan terpenting ialah kitab al-Jami' al-Sahih atau lebih dikenali dengan timangan Sahih Bukhari. Beliau memerlukan waktu 16 tahun untuk menyiapkan kitab Sahihnya ini.
Secara lengkapnya dibawah ini disenaraikan antara tajuk-tajuk kitab yang ditulis oleh Imam Bukhari:
1- Qadaya al-Sahabah wa al-Tabiin.
2- Raf al-Adyan
3- Qiraat Khaf al-Iman
4- Khalq Af'al al-Ibad
5- al-Tafsir al-Kabir
6- al-Musnad al-Kabir
7- Tarikh Shaghir
8- Tarikh Ausat
9- Tarikh Kabir
10- al-Adab al-Mufrad
11- Birr al- wa Lidaini
12- al-Dhuafa'
13- al-Jami' al-Kabir
14- al-Asyribah
15- al-Hibah
16- as-Samik as-Sahabah
17- al-Wuhdan
18- al-Mabsuth
19- al-Ilal
20- al-Kuna
21- al-Fawaid
22- al-Jami' al-Sahih li Musnad min Hadis Rasulallah wa Ayyamihi atau lebih dikenali dengan Sahih Bukhari
6. Tidak semata-mata bergantung kepada Hafazan
Imam Bukhari berkata: "aku tidak akan duduk menulis dan mengajar hadis, sehinggalah aku dapat kemampuan membezakan hadis yang Sahih dan yang Dhaif". Ini menunjukkan satu disiplin yang ditetapkan dan dibina beliau untuk dirinya sendiri, bagi mengelakkan kesilapan beliau dalam menyampaikan dan mengajarkan hadis. Imam Bukhari sangat berhati-hati dalam menyampaikan hadis, beliau akan memastikan sesuatu hadis itu tsabit[7] dari Nabi SAW sebelum menyampaikannya kepada orang lain. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW "barangsiapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka". Dan juga al-Bukhari pernah berkata: "aku tidak akan tinggalkan satupun hadis di Basrah (apabila beliau pergi kesana) kecuali aku akan menulis kembali kesemuanya (walaupun hadis-hadis tersebut beliau telah hafal)..". Ini juga membuktikan bahawa Imam Bukhari tidak semata-mata bergantung kepada ingatan, tetapi turut menulis dan mencatat segala hadis-hadis yang diketahuinya dan yang dihafaznya.
7. Berhati-hati dalam menilai periwayat Hadis
Imam Bukhari terkenal sebagai ulama Jarh wa Ta'dil[8], beliau sangat berhati-berhati dalam menilai periwayat hadis. Maka dalam menulis buku, Imam Bukhari sangat berhati-hati dalam Hadis dan sebarang pendapat yang akan beliau tulis atau keluarkan. Berkata Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Baari : "terdapat sikap berhati-hati yang lebih pada Imam Bukhari dalam Jarh wa Ta'dil, dan juga pemilihan Imam Bukhari (dalam hadis) adalah sangat ketat..". Disebabkan ketelitian dan syarat-syarat yang ketat dalam menilai periwayat inilah yang menyebabkan para ulama berasa susah hendak menolak hadis-hadis yang disahihkan al-Bukhari dan berasa susah untuk menerima hadis-hadis yang didhaifkan al-Bukhari.
8. Berhati-hati dalam Memilih Hadis
al-Bukhari sangat berhati-hati memilih hadis ketika menyampaikannya ataupun ketika menulis. Sehingga beliau mengambil masa yang lama iaitu 16 tahun untuk menyempurnakan kitab Sahihnya. Ketelitian beliau juga dapat dilihat sebagaimana yang dikatakan beliau sendiri dalam kitab tersebut: "Aku tidak akan memasukkan hadis-hadis dalam al-Jami al-Sahih kecuali yang sahih sahaja, dan aku tidak akan meletakkan sebuah hadis dalam kitab tersebut kecuali apabila aku telah mandi dan melaksanakan solat dua rakaat". Dalam menulis kitab sahihnya, Imam Bukhari berpegang kepada dua prinsip utama iaitu memelihara Sanad dan Matan sesebuah Hadis yang akan ditulisnya. Ini bagi memastikan setiap Sanad hadisnya Mar***** sehingga kepada Nabi SAW dan memenuhi segala syarat tertentu untuk dikira sahih.
Dalam hal Sanad, Imam Bukhari tetap berpegang kepada prinsip bahawa setiap perawi mestilah Tsiqah iaitu memiliki sifat Adil dan Dhobit (dipercayai dan tepat dalam menggarap sesuatu perkara). Beliaulah orang yang telah mempopularkan syarat-syarat untuk menentukan kesahihan sesuatu periwayatan hadis. Yang mana jika kesempurnaan syarat-syarat itu dipenuhi, sesuatu hadis itu dapat diterima olehnya dan dimasukkan dalam kitab sahihnya. Begitu juga dari segi Matan hadis, Imam Bukhari sangat menekankan tentang kebenaran matan hadis tersebut iaitu terpelihara daripada apa yang dikatakan hadis palsu dan kecacatan yang tersembunyi. Walaupun sanad sesebuah Hadis tersebut dikatakan telah sahih dan diterima, maka secara ringkasnya dan sepatutnya hadis itu diterima, tetapi bagi Imam Bukhari, beliau tetap meneliti setiap matan hadis yang akan dimasukkan dalam kitab sahihnya. Oleh sebab ketelitian beliau yang melampau inilah, maka kitab Sahih Bukhari menjadi rujukan utama dalam senarai kitab-kitab hadis seluruh dunia.
Imam Bukhari meneliti setiap matan yang disebut sebagai Hadis kerana Rasulullah SAW bukanlah manusia biasa,tetapi manusia yang dikurniakan wahyu. Oleh itu tidak mungkin sesuatu Hadis yang disampaikan oleh Baginda SAW dianggap aneh atau pelik yang memungkin hadis itu dianggap palsu kerana kemungkinan maksud sesuatu Hadis yang agak aneh tersebut masih belum dapat difahami oleh manusia biasa. Oleh sebab itu Imam Bukhari meneliti setiap matan sesebuah Hadis walaupun dari segi sanadnya sudah cukup untuk menentukan sahih atau tidaknya sesebuah Hadis.
9. Mesra dan Pemurah kepada Pelajar
Sifat ini adalah satu sifat yang sangat terpuji dan patut dicontohi oleh kita. Imam Bukhari merupakan seorang yang sangat mesra dan pemurah terhadap para pelajarnya. Beliau tidak pernah mempunyai rasa hati dirinya lebih hebat dari orang lain atau lebih pandai daripada orang lain, dan tidak pernah mempunyai perasaan dirinya sahaja yang betul dan orang lain salah. Disebutkan oleh Jamaluddin al-Qasimi: "sesungguhnya al-Bukhari adalah seorang yang makannya sangat sedikit,dia banyak berbuat ihsan terhadap para pelajarnya,dia seorang yang baik dan terlalu pemurah.." . al-Bukhari tidak pernah berasa berat sebelah terhadap semua anak-anak muridnya, akan tetapi memberi layanan yang adil dan saksama.
10. Meminta Pandangan Ulama lain berkaitan Hasil Kajian
Ini adalah satu lagi sifat al-Bukhari yang patut diikuti oleh kita, terutamanya bagi mereka yang mendalami ilmu-ilmu Hadis atau lainnya[9]. Imam Bukhari tidak mempunyai perasaan bahawa dia seorang sahaja yang tahu, akan tetapi sentiasa menyedari bahawa di luar sana pasti akan ada perkara yang dia tidak tahu tetapi diketahui oleh orang lain. Imam Bukhari sentiasa merujuk dan meminta pandangan ulama lain terhadap hasil kajiannya dalam hadis, dengan harapan moga-moga akan ada pembetulan, tambahan perkara baru dan sebagainya.
Berkata Abu Ja'far al-U'qaili:" apabila al-Bukhari telah menyiapkan kitab Sahihnya, beliau merujuk dan menunjukkannya kepada (guru-gurunya seperti) Ahmad bin Hanbal, Yahya ibn Main, Ali ibn Madini dan juga kepada orang-orang lain.." Maka mereka (guru-gurunya) semua berkata: "ianya amat baik, (mereka setuju dengan semuanya) kecuali empat hadis..." Walaubagaimanapun, setelah al-U'qaili mengkaji semula empat hadis yang diperselisihkan itu, beliau mendapati hujah-hujah al-Bukhari adalah lebih kuat dan beliau tetap bersetuju dengan penilaian al-Bukhari bahawa ianya adalah hadis-hadis yang sahih
11. Kesabaran dalam menghadapi gangguan Fitnah orang yang Iri Hati
Ini adalah satu lagi sifat Imam Bukhari yang terpuji. Walaupun, pada masa hayatnya Imam Bukhari menghadapi pelbagai ujian dan fitnah, namun beliau tetap bersabar dengan ujian fitnah tersebut. Kerana apa berlaku fitnah? Kerana kehebatan Imam Bukhari dan kerana sifat dengki ulama-ulama lain yang tercabar dengan beliau. Ini sepertimana juga yang berlaku kepada ulama-ulama Ahlus Sunnah yang lainnya zaman berzaman seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Hibban, as-Syafie, Ahmad ibn Hanbal, Muhammad Abdul Wahhab dan lain-lain.
Kisah yang terkenal dalam hal ini adalah kisah fitnah Imam Muhammad bin Yahya al-Zohli yang merupakan guru Imam Bukhari sendiri. Kisah ini berlaku ketika Imam Bukhari pergi ke negeri Naisabur untuk mencari dan menyampaikan hadis. Imam al-Zohli merupakan seorang yang amat terkenal dengan kehebatnnya dalam hadis di negeri Naisabur, dan antara anak murid al-Zohli yang terkenal adalah Imam Muslim.[10] Apabila Imam al-Zohli mendapat tahu bahawa Imam Bukhari akan dating dan mengajar di Naisabur, al-Zohli takut akan kedudukannya akan terjejas sebagai ulama yang terhebat di Naisabur. Maka Imam al-Zohli telah merancang dan telah berjaya menfitnah Imam Bukhari berkenaan perselisihan adakah al-Quran itu makhluk atau Kalam Allah. Pada masa itu, khalifah yang memerintah ialah Makmun bin Harun ar-Rashid yang berfahaman dan berpegang kepada aqidah Muktazilah. Aliran Muktazilah berfahaman bahawa al-Quran itu adalah makhluk dan sesiapa yang menentang fahaman tersebut akan dibunuh, sedangkan Imam Bukhari berpegang kepada aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah bahawa al-Quran itu adalah Kalam Allah sepertimana yang diberitakan dalam al-Quran.
Imam al-Zohli telah berjaya menghasut anak-anak muridnya supaya bertanya kepada Imam Bukhari berkenaan hal tersebut. Apabila anak-anak murid Imam al-Zohli bertanya kepada Imam Bukhari "apakah pendapat kamu tentang al-Quran? Adakah ia makhluk atau Kalam Allah?", Imam Bukhari menjawab bahawa al-Quran itu adalah Kalam Allah sesuai dengan fahaman aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah sepertimana yang diberitakan dalam al-Quran sendiri. Mendengarkan jawapan al-Bukhari itu, pihak-pihak yang dengki dan iri hati terhadap Imam Bukhari telah menggunakan jawapannya itu untuk meyesatkan al-Bukhari, apabila berita tersebut sampai kepada khalifah Makmun bin Harun ar-Rashid, khalifah berasa marah dan bertindak menghalau al-Bukhari dari negeri Naisabur,sehinggala h Imam Bukhari dibuang negeri dan hidup mati dalam buangan. Selain Imam Bukhari, Imam Ahmad bin Hanbal termasuk orang yang mementang fahaman tersebut, sehingga Imam Ahmad dipenjarakan, diseksa dan disebat.
Hendak ditunjukkan betapa berjayanya dan hebatnya fitnah terhadap Imam Bukhari ini, berkata al-Hakim: "ketika mana al-Bukhari dan al-Zohli berselisih faham akan hal ini, para manusia meninggalkan dan memulau kelas al-Bukhari, kecuali Muslim ibn Hajjaj dan Ahmad ibn Salamah…", lihatlah pada asalnya beribu-ribu orang pergi mengikuti majlis Hadis al-Bukhari, akan tetapi apabila fitnah ini terjadi, sehebatnya al-Bukhari hanya tinggal dua orang sahaja yang tetap bersama Imam Bukhari. Sehinggakan diberitakan bahawa, Imam Muslim dan Ahmad bin Salamah juga turut dihalau dan dihalang dari mengikuti kelas-kelas hadis lain, sehingga ada yang mengatakan " aku tidak mahu lagi lelaki ini (Bukhari dan sesiapa saja yang belajar dengan al-Bukhari) berada dalam negeri ini…". Sehingga Imam Muslim dan Ahmad ibn Salamah juga terpaksa keluar dari Naisabur dan hidup dalam buangan. Semua fitnah dan gangguan ini berlaku adalah kerana kehebatan al-Bukhari dan bukan kerana sebab-sebab yang lain. Sebagaimana kata-kata Ibn Sayyid al-Andalusi "-ini semua berlaku- kerana al-Bukhari hebat dan mempunyai ilmu yang tinggi -sehingga orang-orang dengki kepadanya-".

Saturday, July 14, 2007
HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Friday, April 27, 2007
Hadis
Jibril a.s..."Wahai Rasulullah saw,brgsiapa yg m'baca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sbyk 10x,maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian spt kilat menyambar" Berkata pula Mikail a.s...."Mereka yg b'selawat ke atasmu akan aku beri mreka itu minum dari telagamu" B'kata pula Israfil a.s..."Mreka yg b'selawat kpdmu akan aku sujud kpd ALLAH SWT dan aku tidak akn m'angkat kpalaku shingga ALLAH m'ampuni orang itu" Malaikat Izrail a.s b'kata..."bagi mreka yg b'slwat ke atsmu,akan ku cabut ruh mreka itu dgn selembut-lmbutnya spt aku m'cabut ruh para nabi"
Friday, April 20, 2007
Lazimi zikir kepada Allah S.W.T
Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
kata kata hikmah
Orang yang berilmu akan sentiasa menyedari,,, Lahirnya keinsafan dari perasaan Lahirnya kemahuan dari keinginan Lahirnya keyakinan dari kepercayaan Lahirnya kemajuan dari perubahan Lahirnya kepandaian dari kerajinan Lahirnya cinta dari mata Lahirnya dengki dari hati Lahirnya kekuatan dari persatuan Lahirnya bencana dari kebodohan Lahirnya kesusahan dari kemiskinan.
Thursday, April 5, 2007
Keunggulan Ilmuan Islam Turki
ILMUWAN ISLAM - MIMAR SINAN
MIMAR KOCA SINAN ( Arkitek Terulung Sinan ) dilahirkan pada tahun 1489 di Agirnaz, Turki dan meninggal dunia pada tahun 1588 di Istanbul, Turki.
Kisah hidup Sinan memaparkan kegigihannya membangun kehidupan baru dalam sinar kebenaran. Berasal dari keluarga pengukir miskin yang beragama Kristian, Sinan bercita-cita untuk menyertai tentera elit kerajaan Uthmaniah setelah melihat kehebatan anggota tentera itu sewaktu memasuki kampungnya.
Kejayaannya dalam pembinaan jambatan sewaktu kempen ketenteraan Uthmaniah telah merubah kehidupannya apabila dia dilantik sebagai Arkitek Diraja dan diberi segala bentuk kemewahan.
Namun sinar kebenaran agama suci yang dianuti membendung dirinya daripada bersikap bongkak dan angkuh menerusi senibinanya.
Sumbangan utama tokoh ini dalam bidang senibina. Tokoh yang digelar arkitek diraja ini telah berjaya membina sebanyak 360 binaan termasuk masjid, sekolah, muzium, istana, maka, jambatan dan pelbagai lagi dalam tempoh 50 tahun.
Rakaman tokoh ini dilakukan di Turki. Ketokohan Mimar Sinan diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain (Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia) yang menerangkan konsep senibina Masjid Sulaimaniyye dari segi pencahayaan dan akuistik. Sementara Prof. Dr. Metin Sozen (Fakulti Senibina, Universiti Mimar Sinan, Istanbul Turki) menerangkan teori Mimar Sinan dalam pengukuhan tapak binaan sebelum mendirikan bangunan.
Turut dipaparkan latarbelakang kehidupan Mimar Sinan ketika zaman kanak-kanak serta permulaan beliau menceburi bidang binaan sehingga digelar Arktek Diraja.

Wednesday, April 4, 2007
Kata kata hikmah Saidina Ali bin Abi Talib
Lakukan kebaikan dan janganlah kamu mengutuk apa apa kebaikan,kerana kebaikan yang kecil sebenar nya besar dan kebaikan yang sedikit sebenarnya banyak. Janganlah salah seorang daripada kamu mengatakan bahawa orang lain lebih layak daripadaku untuk menbuat kebaikan kerana demi Allah S.W.T akan berlaku sedemikian.
Labels:
kata kata hikmah
Tuesday, April 3, 2007
Sayangilah baginda Rasulallah S.A.W.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah." Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga." Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
Ulama Nusantara
Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad Mufti Kerajaan Johor
KETURUNAN Nabi Muhammad s.a.w. berbangsa ‘al-Haddad’ adalah salah satu keluarga ‘Saiyid’ yang penting dalam penyebaran Islam, pendidikan dan dakwah di dunia Melayu. Contohnya, Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad yang lahir di Hadhramaut.
Beliau pernah menyebarkan Islam di India, akhirnya meninggal dunia di Tegal, Indonesia. Makam beliau sentiasa diziarahi hingga sekarang kerana beliau diakui oleh masyarakat sebagai wali Allah. Yang diriwayatkan dalam artikel ini ialah bangsa ‘al-Haddad’ yang menjadi Mufti Johor. Nama lengkapnya ialah Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad bin Abdullah bin Thaha Abdullah bin Umar bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad bin Abi Bakar Abu Thahir al-Alawi asy-Syarif al-Huseini. Sampai nasabnya kepada Saidina Ali bin Abi Thalib yang kahwin dengan Saidatina Fatimah binti Nabi Muhammad s.a.w.. Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad lahir di Bandar Qaidun, Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301 H/7 Ogos 1884 M
Dalam Tasynif al-Asma' oleh Abi Sulaiman Mahmud Sa'id bin Muhammad Mamduh menyebut bahawa Saiyid 'Alwi bin Thahir al-Haddad meninggal dunia di Jakarta, ibu kota Indonesia, pada bulan Jamadilakhir 1382 H (hlm. 383). Nik Yusri Musa dalam kertas kerja berjudul Polemik Datuk Sayed bin Tahir al-Haddad dan A. Hassan Bandung: Gambaran Pemikiran Fiqh Nusantara menyebut bahawa Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad meninggal dunia pada 14 November 1962 M dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmudiah Johor Bahru (lihat Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III, 2005 M/1427 H, hlm. 538).
Ditinjau dari segi tarikh wafat kedua-dua maklumat di atas adalah sepakat kerana 14 November 1962 M adalah bersamaan dengan 17 Jamadilakhir 1382 H. Tetapi tempat wafat masih perlu ditinjau kerana Tasynif al-Asma' hanya menyebut Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad wafat di Jakarta dan tidak menyebut di mana dikebumikan.
Dalam kertas kerja Nik Yusri Musa pula dinyatakan bahawa beliau dikebumikan di Johor Bahru, tetapi tidak menyebutkan di mana sebenarnya Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad wafat. Apakah memang benar beliau wafat di Jakarta kemudian jenazahnya dibawa ke Johor Baharu juga tidak dijelaskan. Sekiranya benar beliau wafat di Jakarta ada kemungkinan dikebumikan di Jakarta ataupun Bogor kerana Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad sebelum ke Johor memang tinggal di sana. Murid beliau pun memang ramai di Jakarta dan Bogor.
Seperkara lagi ketika tarikh wafat Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad, 14 November 1962 M itu, urusan penerbangan dari Jakarta ke Singapura mungkin sedikit terganggu kerana detik-detik awal konfrontasi Indonesia-Malaysia, sedangkan Singapura ketika itu dalam Malaysia. Oleh itu sejarah yang demikian perlu diselidiki dengan lebih kemas lagi.
Dalam kertas kerja Nik Yusri Musa juga dinyatakan bahawa Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad bertugas sebagai Mufti Kerajaan Negeri Johor dari tahun 1934 - 1961 (Ibid, hlm. 538). Maklumat ini berbeza pendapat dengan tulisan Othman bin Ishak dalam buku Fatwa Dalam Perundangan Islam yang menyebut bahawa Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad menjadi Mufti Johor tahun 1934 - 1941, Datuk Haji Hasan bin Haji Yunus menjadi Mufti Johor 1941 - 1947 dan Datuk Haji Abd. Jalil Hasan menjadi Mufti Johor 1961 - 1964 (lihat terbitan Fajar Bakti, 1981, hlm. 31).
Mufti Johor yang berikutnya ialah Datuk Haji Abd. Rahim bin Haji Yunus tahun 1965 - 1977. Sesudahnya ialah Datuk Saiyid Alwi bin Abdullah al-Haddad. Mengenai nama ini hendaklah diperhatikan bahawa pada hujung nama sama-sama menggunakan ‘al-Haddad’. Jadi bererti ada dua orang keturunan ‘al-Haddad’ yang pernah menjadi Mufti Kerajaan Johor.
PENDIDIKAN
Guru-gurunya di Hadhramaut ialah Habib Ahmad bin al-Hasan al-Attas al-Alawi, Habib Thahir bin Umar al-Haddad, dan Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad. Banyak bidang ilmu tradisi yang beliau peroleh daripada keluarganya sendiri yang berketurunan Nabi Muhammad s.a.w..
Sungguhpun demikian yang lebih diutamakan ialah tentang hadis dan ilmu-ilmu yang dibangsakan kepada hadis itu. Berkali-kali Saiyid Alwi al-Haddad menamatkan kitab as-Sittah, Riyadh ash-Shalihin, Bulugh al-Maram, Jami' ash-Shaghir. Sehubungan dengan hadis Saiyid Alwi al-Haddad juga mempelajari kitab-kitab mengenai sanad hadis di antara kitab-kitab itu ialah ad-Dhawabidh al-Jaliyah fi al-Asanid al-'Aliyah karya Syeikh al-Allamah al-Musnid Syamsuddin Abdullah bin Fathi al-Farghali al-Hamisyi. Demikian juga kitab ats-tsabat yang berjudul as-Samth al-Majid karya Syeikh al-Allamah al-Musnid Shafiyuddin Ahmad bin Muhammad al-Qasyasy al-Madani. Saiyid Alwi al-Haddad telah berhasil memperoleh ilmu dan ijazah daripada para gurunya serta dengan sanad-sanad yang bersambung.
Selain guru tersebut, Saiyid Alwi al-Haddad juga memperoleh ilmu daripada ayah saudaranya Imam Habib Abdullah bin Thaha al-Haddad, juga dengan Habib Thahir bin Abi Bakri al-Haddad. Guru-guru beliau yang lain pula ialah al-Mu'ammar Sirajuddin Umar bin Utsman bin Muhammad Ba Utsman al-Amudi ash-Shiddiqi al-Bakari. Saiyid Alwi al-Haddad juga sempat mendengar riwayat hadis daripada al-Allamah as-Saiyid 'Abdur Rahman bin Sulaiman al-Ahdal yang wafat tahun 1250 H/1834 M.
Diriwayatkan bahawa Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang yang sangat cergas. Sedikit saja belajar namun pencapaian pengetahuan terlalu banyak. Ketika berumur 12 tahun Saiyid Alwi al-Haddad tamat belajar Ihya' 'Ulum ad-Din karya Imam al-Ghazali. Dalam usia 17 tahun beliau telah mulai mengajar dan mengajar kitab yang besar-besar dan ilmu yang berat-berat dalam usia 20 tahun. Ilmu-ilmu yang beliau ajar dalam usia itu ialah ilmu tafsir, hadis, fiqh, usul fiqh, tarikh, falak, nahu, sharaf, balaghah, falsafah dan tasawuf.
PEMIKIRAN
Saya mulai mengikuti tulisan-tulisan Saiyid Alwi al-Haddad sejak tahun 1966, iaitu yang dimuat dalam Warta Jabatan Agama Johor. Salah satu karya Saiyid Alwi al-Haddad bagi saya yang cukup menarik ialah sebuah karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia yang diberi judul Sejarah Islam di Timur Jauh. Saya ringkaskan saja bahawa karya Saiyid Alwi al-Haddad yang telah diketahui sebagai berikut:
1. Anwar al-Quran al- Mahiyah li Talamat Mutanabi' Qadyani (dua jilid).
2. Al-Qaul al-Fashl fi ma li al-Arab wa Bani Hasyim min al-Fadhal. Kitab ini terdiri daripada dua jilid. Kandungannya merupakan sanggahan terhadap fahaman pembaharuan Islam yang dibawa oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati as-Sudani.
3. Al-Khulashah al-Wafiyah fi al-Asanid al-'Aliyah. Kitab ini menggunakan nama keseluruhan guru Saiyid Alwi al-Haddad tentang qiraat dan ijazah.
4. 'Iqd al-Yaqut fi Tarikh Hadhramaut.
5. Kitab as-Sirah an-Nabawiyah asy-Syarifah.
6. Dalil Khaidh fi 'Ilm al-Faraidh.
7. Thabaqat al-'Alawiyin (sepuluh jilid).
8. Mu'jam asy-Syuyukh.
9. 'Uqud al-Almas bi Manaqib al-Habib Ahmad bin Hasan al-'Athas.
Sekiranya kita sempat membaca keseluruhan karya Saiyid Alwi al-Haddad yang tersebut di atas, dapat disimpulkan bahawa sangat luas pengetahuan yang beliau bahaskan. Saiyid Alwi al-Haddad diakui sebagai seorang tokoh besar dalam bidang sejarah, ahli dalam bidang ilmu rijal al-hadis.
Lebih khusus lagi sangat mahir tentang cabang-cabang keturunan ‘al-'Alawiyin’ atau keturunan Nabi Muhammad s.a.w.. Setahu saya memang tidak ramai ulama yang berkemampuan membicarakan perkara ini selain Saiyid Alwi al-Haddad. Boleh dikatakan tidak ada ulama dunia Melayu menulisnya secara lengkap. Sekiranya ada juga ia dilakukan oleh orang Arab keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang pernah dilakukan Saiyid Utsman bin Abdullah bin Aqil bin Yahya al-Alawi, Mufti Betawi.
Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang ulama yang berpendirian keras dan tegas mempertahankan hukum syarak. Gaya berhujah dan penulisan banyak persamaan dengan yang pernah dilakukan oleh Saiyid Utsman bin Abdullah bin Aqil bin Yahya al-Alawi, Mufti Betawi. Saiyid Alwi al-Haddad selain menyanggah pendapat dan pegangan Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati yang lebih keras dibantahnya ialah A. Hassan bin Ahmad Bandung.
Bukan Saiyid Alwi al-Haddad saja yang menolak pegangan A. Hassan bin Ahmad Bandung tetapi perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar. Sanggahan Haji Abu Bakar Muar terhadap A. Hassan Bandung berjudul Majlis Uraian Muar-Johor. Di bawahnya dijelaskan judul, “Pada menjawab dan membatalkan Al-Fatwa pengarang Persatuan Islam Bandung yang mengatakan babi itu najis dimakan bukan najis disentuh dan mulut anjing pun belum tentu najisnya.” Sebenarnya apabila kita meninjau sejarah pergolakan Kaum Tua dan Kaum Muda dalam tahun 1930-an itu dapat disimpulkan bahawa semua golongan ‘Kaum Tua’ menolak pemikiran A. Hassan Bandung itu khususnya Kerajaan Johor yang muftinya ketika itu Saiyid Alwi al-Haddad yang mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor.
MURID-MURID
Saiyid Alwi al-Haddad mengembara ke pelbagai negara, antaranya Somalia, Kenya, Mekah, Indonesia, Malaysia dan lain-lain. Di negara-negara yang pernah beliau singgah, beliau berdakwah dan mengajar.
Di Jakarta, Saiyid Alwi al-Haddad pernah mengajar di Madrasah Jam'iyah al-Khair yang diasaskan oleh keturunan ‘Saiyid’ di Indonesia. Madrasah Jam'iyah al-Khair ialah sekolah Islam yang mengikut sistem pendidikan moden yang pertama di Indonesia, Saiyid Alwi al-Haddad pula termasuk salah seorang guru yang pertama sekolah itu diasaskan. Bahkan beliau ialah Wakil Mudir sekolah itu.
Mudirnya ialah Saiyid Umar bin Saqaf as-Saqaf. Para guru didatangkan dari pelbagai negara. Antara mereka ialah Ustaz Hasyimi yang berasal dari Tunis, Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati yang berasal dari Sudan (mengajar di Madrasah Jam'iyah al-Khair tahun 1911 - 1914), Syeikh Muhammad Thaiyib al-Maghribi yang berasal dari Maghribi, Syeikh Muhammad Abdul Hamid yang berasal dari Mekah.
Selain mengajar di Jakarta beliau juga pernah mengajar di Bogor dan tempat-tempat lain di Jawa. Muridnya sangat ramai. Antara tokoh dan ulama besar yang pernah menjadi murid Saiyid Alwi al-Haddad ialah:
1. Saiyid Alwi bin Syaikh Bilfaqih al-Alawi.
2. Saiyid Alwi bin Abbas al-Maliki.
3. Saiyid Salim Aali Jindan.
4. Saiyid Abu Bakar al-Habsyi
5. Saiyid Muhammad bin Ahmad al-Haddad.
7. Saiyid Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih.
8. Saiyid Husein bin Abdullah bin Husein al-Attas.
9. Syeikh Hasan Muhammad al-Masyath al-Makki.
10. Kiyai Haji Abdullah bin Nuh.

Subscribe to:
Posts (Atom)